BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 31, 2010

~CutI~

cuti...semua orang suka bila kita cakap pasal cuti...cuti...best ke?best la pada yang boleh keluar menghabiskan masa melakukan aktiviti-aktiviti yang best pada diorang...pada orang yang takde ape2 macam aku nih??best la kot....bole tido lame2, leh lepak maen game lame2, tenangkan fikiran, buat benda bukan2....

 
 

tak lame da nak cuti raya...bace kat blog kawan2, facebook kawan2...semua happy, siap ada yang kira countdown hari nak balek umah...nak jumpa family tercinta...heks...aku?terasa jugak nak balik umah...nak jugak bercuti dengan family macam orang laen...tapi...

 
 

ini lah dunia aku, tempat yang aku panggil tempat berteduh...aku ada keluarga, dan aku sayang sama mereka...tapi istilah keluarga tidak seindah mana pada aku...keluarga aku tidak macam keluarga orang lain...hal keluarga, itu rahsia...tapi aku, tak pernah terasa hendak pulang ke rumah itu...

 
 

sejak kecil, aku membesar dengan penuh kasih sayang...emak selalu suapkan aku ketika makan dan abah selalu bawa ku berjalan2...itu ketika kecil, sugguh dirindui...aku membesar, menjadi anak remaja dan menjejaki alam persekolahan...pakai ku cukup lengkap, makan ku cukup lengkap, peralatan ku x pernah kurang...betapa kasih nya seorang ayah dan seorang ibu, sanggup berbuat apa sahaja demi anak2 tercinta...

 
 

itu family typical, family yang selalu di tayangkan di layar perak dan telivisyen...family ku berlainan, langsung tak sama...aku membesar dengan pengalama sendiri...keindahan di rumah aku tak rasa macam orang2 lain...aku merantau dari kecil, hidup dalam buangan dan menumpang sana sini...aku punya beratus-ratus ayah dan beribu-ribu emak...aku tak merasa kemesraan kakak-kakak ku sendiri, dan di sebabkan itu di mana saja aku jejakkan kaki, yang tua akan menjadi kakak padaku...biar sebaya, aku hormati mereka ibarat kakak ku sendiri...abang?aku tak berminat pada abang...aku pernah ditipu abangku sehingga pernah timbul niat ingin menamatkan riwayatnya...ya, aku pernah berfikir demikian...

 
 

adakah aku anak yang jahat? ku rasa tidak...aku tak pernah derhaka pada orang tuaku, pada adik beradik ku yang lain...langsung tak terlintas untuk mengabaikan mereka...cuma, keindahan berkeluarga itu tidak pernah aku rasa sendiri dari ahli-ahli keluarga itu, biar sebahagia manapun mereka sekarang ini...bahagianya mereka, aku sentiasa doakan kebahagiaan mereka...aminn~

 
 

dan aku, masih di sini...mencari erti kehidupan...aku penat dengan semua ini...belajar menyeronokkan,dan aku gembira belajar di sini...aku perolehi banyak ilmu dari mereka-mereka yang hebat-hebat dan aku temui lebih ramai adik-adik serta kakak...di sini, di tempat aku berdiri, aku dapat rasakan betapa indahnya keluarga...terasa nikmat disayangi dan juga menyayangi orang lain...aku berasa bahagia, biarpun hatiku dipenuhi kegelapan noda-noda perjalanan hidupku sendiri...

 
 

dan di sini, aku ketemu dengan seseorang...dia berlainan dariku...dia merasakan kasih sayang yang cukup dari kedua-dua orang tuanya...tapi sayang, Allah yang satu lebih menyayangi ibunya lebih dari beliau sayangkan ibunya...dan saat pertemuan itu, aku kenali dia dalam keadaan dia kehilangan tempat pergantungan dan kasih sayang seorang ibu...pertemuan dengannya mencetus persoalan di benak hatiku: kenapakah aku tidak menghargai ibuku seperti dia? kenapakah aku tidak menyayangi ibuku sepertinya?

 
 

dia yang dahulunya seorang yang ceria, bertukar menjadi muram...suram dan kelam, dan hampir tidak mempercayai sesiapapun dalam hidupnya..tapi, alhamdulillah, pertemuan itu telah membuka pintu hatinya dan membuka hatiku untuk saling membantu satu sama lain...kami saling bergantungan, aku perlukan dia dan dia perlukan aku...kami temui jalan kehidupan, dan kami nikmati detik-detik indah bersama...

 
 

aku tak pernah menyesal..biarpun sifatnya sedikit melukakan,aku tak pernah mengendah...aku redha, kerana ini mungkin sekali balasan kepada ku yang pernah melukakan hati ibu-bapaku...tak mengapa, menyedari ini adalah pembalasan dunia atas semua dosa-dosa yang pernah aku buat...aku teruskan...dan sepanjang perkenalan kami, dari saat pertemuan itu sehingga kini, banyak perkara telah berlaku...

 
 

asam garam kehidupan, setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan...dia temui cahaya yang baru dan aku meredhai pemergiannya...bagiku sudah cukup kesalingbergantungan kami, kerana ku dapat lihat dia sudah mula berdikari dan pandai membawa diri..aku sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagiaanmu sahabat...jaga diri baik-baik, kerana kamu sedia tahu betapa daku sayangkan dirimu...

 
 

perjalanan diteruskan, dan aku kembali ke jalan yang pernah aku lalui dulu...dia telah ketemu cahaya kesukaannya, dan aku pula?entah lah...aku tak pernah mengaggap akan ada manusia akan mengerti akan hidupku, dan aku tak pernah inginkan sesiapa dalam hidupku...tapi, sejak pemergiannya, hidup ku terasa amat kosong...bagai tiada apa-apa yang tinggal...setelah sekian lama, baru aku sedari bahawa hidupku telah dipenuhi bibit-bibit cinta, dan kini bibit-bibit itu dahagakan kasih sayang seorang wanita...

 
 

puasku mencari, tetapi tak pernah terlintas dihati ini untuk memberi ruang kepada sesiapa pun...dan baru ku sedar, selama ini dia seorang yang pernah menyelami lubuk hatiku, mengenali hati budiku. dan dia seorang yang pernah sampai ke hati kecilku, yang tak pernah aku buka kepada sesiapa, biarpun ibu-ibu, ayah-ayah dan sesiapa saja yang pernah ku kenali...

 
 

dan kini, sudah terlambat bagiku...kurasakan perbuatan melepaskannya dulu adalah satu kesilapan, kerana aku kini merana dengan pemergiannya...sudah terlambat bagiku, biarpun puas ku usahakan untuk mendapatkannya kembali...cahaya yang pernah menyinari perjalanan hidupku kini telah hilang, dan aku menjadi takut dengan kegelapan hatiku sendiri...

 
 

sekarang, aku sedang berjalan di jalan yang sama, jalan yang pernah aku lalui beberapa tahun dahulu, dan perjalanan ini aku hentikan,kerana aku sudah tahu apa yang akan ku temui di hujungnya...aku berhenti, mengharapkan aku mengambil jalan yang lain supaya menemui pengakhiran yang jauh lebih baik...tapi sayang, aku telah jauh terlajak dan tak mungkin bagiku berpatah balik semula..

 
 

jadi, di sini, aku hentikan perjalan hidup yang tiada lagi membawa sebarang erti...kepada ibu, sesungguhnya aku selaku anakmu berharap kamu maafkan anakmu ini...buat ayah, jaga ibu sebaik yang mungkin, kerana ku tahu dia amat menyayangi mu lebih dari apapun dan ayah, maafkan juga anak mu yang tak mengenangl budi ini...buat kakak-kakak, abang, adik-adik, sahabat-sahabat, guru-guru, ku pohon ampun dan maaf...andai ketemu lagi di persimpangan yang lain, harap-harap kamu semua maafkan diriku...adakah akan ketemu lagi?mungkin di kehidupan seterusnya, ataupun bila-bila masa, biarlah Allah yang tentukan...

 
 

sehingga berjumpa lagi.........

2 comments:

Anonymous said...

xtaw nak komen apa.. sbb reena pon xtaw kisah hidup kamu cmne..
tp hope evrything will be fine and hope 1 day, there are happiness for you.. InsyAllah~

~L~ said...

huhu...tu la...i wish my life happily ever after...tp x selalu nya mimpi itu indah...huhu~