Yey…hujan…da berapa hari tak hujan….seronok bila tengok hujan….macam tengok sesuatu yang sangat ajaib….kat awan takde kolam, takde laut, takde tasik…tapi air boleh turun mencurah-curah, banyak sangat-sangat sampai boleh tumbuh subur semua pokok…memang ajaib, itulah kuasa Allah, tuhan pencipta alam…. Hujan, membawa rahmat dari Allah kepada semua makhluk, dan di akhirnya di hadiahkan dengan hadiah yang tak terdapat di mana-mana, iaitu pelangi…satu lagi keindahan ciptaan Allah yang tak dapat dilihat ketika cuaca panas…haha..seronok tengok keindahan alam…pelangi memang cantik, ada tujuh warna, tiap-tiap warna adalah berlainan dan tiap warna melambangkan kehidupan….lebih menakjubkan, gabungan ketujuh-tujuh warna itu akan menghasilkan warna putih, salah satu warna kegemaran Nabi Muhammad S.A.W. Pelangi, sungguh indah di waktu senjakala begini, tatkala menanti waktu berbuka puasa…dalam tak sedar, bergenang air mata dalam menghayati keindahan ciptaan yang Esa…kecil hati, keliru, kecewa, marah, dendam, sakit hati, penat, lelah, perasaan yang bercampur baur telah habis dicuci hujan, dan kehadiran pelangi menyinari langit senja bersama terbenamnya mentari, sungguh menyayat hati… Pelangi, warna-warna mu sungguh indah…sangat teruja pabila dipandang, sangat menyerlah dikala senja, sangat memukau di kala hatiku sedang bergelora…kekecewaan dan kesedihan, tiada tertanggung dan tiada berkesudahan, kini berakhir dengan sinaran pelangi… Buat seseorang, kamu hadir dalam hidup saya ibarat pelangi…. Engkau tiba, Bagaikan pelangi Tak bercahaya, namun tetap berseri Tapi cukup menghiburkan Hati ini…. Heks…miss you damn much~ M
Just another update
8 years ago
2 comments:
sabar lah encik L
sume yg berlaku pasti ade hikmah yg tersembunyi
cube kite lihat pd kejadian alam
ade nye pelangi selepas hujan
begitu jugak dgn roda kehidupan kite
akan ada perkara yg membahagiakan selepas kite lalui kesulitan
be strong my friend
ALLAH always be right beside u :)
huhu....terima kasih cik farah...huhu...harap2 mcm tu la jugee~
Post a Comment